Tuesday, January 25, 2011

Universal Studios Singapore



Trip KR and family ialah ke Universal Studios yang terdekatt.. dengan Malaysia iaitu USS.

Kepada sesiapa yang bercadang akan ke sana, ada beberapa tips yang boleh dijadikan panduan bersama. USS dibuka dari jam 10.00am – 7.00pm

So pandai-pandailah arrange masa anda, tiket dia kira boleh tahanlah sebab dlm SD, but ari tu masa KR pegi 20hb Jan 2011 weekday (Malaysia Thaipusam P/H) jd tiket dia SD66.00 for adult dan SD48.00 for Child (on weekend SD72.00 adult dan SD52.00 child), tiket ni termasuk SD5.00 voucher makan dan SD5.00 voucher belibelah (kalau kurang tu.. cam biasa tambahlah sendiri yo) voucher ni boleh anda tukar kat guest services berdekatan pintu masuk.

Tapi jika anda bercadang untuk pergi pada Weekend atau Public Holidays Express Pass ada kelebihan kerana anda diberikan keutamaan  untuk masuk dulu untuk mana-mana rides buat kali pertama.

Kelebihan pergi pada weekday ni orang tak berapa ramai so tak payah beratur lama-lama coz KR ada terbaca sebelum ni, ada mereka yang terpaksa beratur sampai  dekat 2 jam untuk masuk rides..Oh ya tip yang pertama always start from left atau mula dari sebelah kiri agar tiada rides yang tertinggal nanti…


 
bersama keluarga depan pintu masuk

Antara tarikan adalah Shrek 4-D Adventure memang best dan sesuai untuk sekeluarga terutamanya kanak2 yang pasti sukakan pengalaman cabaran 4D yang dapat dilihat, didengar dan dirasa dari tempat duduk anda so ini antara adventure yang tak boleh dilepaskan bagi parent yang bawa anak2  bersama.


depan Shrek 4D Adventure

Lain-lain yang menarik antaranye Water World, Jurassic Park, Ancient Egypt dan Battlestar Galastica bersedialah untuk menjerit di roller coaster tertinggi di dunia, ada dua pilihan yang warna merah kepala kat atas dgn speed 90km/h Wow! Yang biru atau cylon kaki kat atas! Woow!! Tapi kalau tak sempat naik yang nie (buat2 tak sempat sbb seriauu) boleh naik junior roller coaster kat Far Far Away, yang ni pon dah boleh jeritt dah.

haa yang kat  belakang my hubby tu lah  rel Battlestar Galastica



depan Castle of Far Far Away

Bagi Muslim tak perlu risau kerana ada banyak makanan halal cuma kena pastikan ada logo halal dulu baru order makanan tau. Harga makanan berpatutan dari bawah SD10.00 dan keatas, so boleh pilih yang mana berkenan ngan selero masing2, KR ngan family pilih  untuk makan kat Oasis Spice Cafe, masakan timur tengah,  kitaorang order nasi beryani dan memang berbaloi.

Juga untuk muslim, walaupun berseronok tapi masih boleh menjalankan tanggungjawab, prayer room ada disediakan bersebelahan dengan guest services, walaupun hanya sebuah bilik kecil dan kena berkongsi lak lelaki ngan pompuan, but better than nothing kata omputeh. Bagi ibu2 yang ingin menyusukan bayi atau menukar lampin, baby room turut disediakan bersebelahan prayer room.

p/s  sila bawa extra t. kerana ada permainan yang membuat anda basah atau anda boleh beli raincoat yang ada dijual dengan  SD2.00 di pintu masuk permainan tersebut.

Tip untuk kurangkan kebasahan terutama kat Jurassic Park Rapids Adventure - jangan duduk kat bahagian depan. Tapi bagi sesiapa yang mmg suka basah2 haa duduk jer ler..

Cuaca panas sikit.. maybe sebab Pulau Sentosa dikelilingi oleh laut, lagi best rasanye kalau cuaca lebih nyamann.. mcm kat Resort World Genting Highland ker.. Anyways,  keseluruhannya memang berbaloi dan best!!

Jangan lepaskan peluang bergambar dengan watak2 kegemaran anda yo. Ambik gambo jgn x ambik.






No comments:

Share |