Thursday, February 10, 2011

Did you know??...


Kebaikan Brokoli


BROKOLI adalah sejenis tumbuhan berbentuk seperti bunga kobis tetapi berwarna hijau. Brokoli telah dikenali selama lebih dari 2000 tahun. Brokoli pertama kali ditemui di provinsi Calabria, Itali. 

Dengan ini memperkenalkan BROKOLI.... 



Haa...macam ni ler rupanye si brokoli dari sisi tepi...




 Si Brokoli dari sudut atas...


Sayuran hijau ini kaya dengan pelbagai kebaikan. Brokoli kaya dengan vitamin C, serat dan mineral yang sangat baik untuk tubuh badan kita.

Di dalam brokoli juga terdapat  vitamin A, Beta Karoten, Vitamin B3 dan B5, asid folik, fosforus, potassium, zat besi, sulforapane dan chromium. 

Sayur brokoli bermanfaat bagi kesihatan jantung dan paru-paru dan dapat meningkatkan tahap antioksidan di dalam tubuh. Tidak hanya itu, sayur brokoli juga mengandungi mineral selenium yang digunakan tubuh sebagai salah satu komponen enzim antioksidan semulajadi tubuh kita.

Brokoli juga dikatakan dapat mengurangkan risiko penyakit jantung kerana antioksida di dalam brokoli dikatakan dapat mengurangkan stress.

MAKANLAH sayur brokoli kerana ia boleh mengurangkan kerosakan dalam tubuh yang membawa kepada penyakit paru-paru serius. Para saintis di Amerika Syarikat mendapati bahawa bahan sulforapane yang terdapat di dalam brokoli boleh meningkatkan aktiviti sejenis gen dipanggil NRF2 yang terdapat dalam sel paru-paru.

Brokoli juga diyakini dapat membantu menentang penyakit kanser, terutamanya kanser payudara, kanser usus dan juga kanser paru-paru. Ini kerana Sulforaphane yang terdapat dalam brokoli juga adalah sejenis antioksida yang telah dibuktikan sebagai pembunuh utama kanser. Ini kerana dengan memakan brokoli, didapati ianya dapat membantu meningkatkan sistem immunisasi badan.

Di dalam brokoli juga terdapat sejenis sumber penting dikenali sebagai indole-3-carbinol, sejenis bahan kimia yang dapat meningkatkan kadar pembaikan DNA di dalam sel, sekaligus membantu menghalang penghasilan sel kanser di dalam badan. Pengambilan brokoli yang tinggi telah dibuktikan dapat mengurangkan risiko tinggi mendapat kanser prostat.

Sayur brokoli juga adalah tumbuhan yang paling banyak carotenoids sejenis antioksida yang membantu mengurangkan berat badan. Jadi sayuran ini amat sesuai bagi mereka yang berdiet untuk menurunkan berat badan.

Setiap hidangan brokoli boleh membekalkan lebih daripada 30mg Vitamin C.

Tips bila memilih brokoli, pilihlah yang berwarna hijau tua. Warna ini menunjukkan nilai nutrisi yang tinggi. Bunga brokoli yang berwarna hijau tua, atau agak keunguan mengandung lebih banyak beta-karoten dan vitamin C daripada yang warnanya lebih pucat. Pilihlah brokoli yang memiliki batang yang keras, karana batang yang bengkok atau lembek menunjukkan kualiti yang kurang bagus.

Cara terbaik memasak brokoli adalah dengan mengukus, atau ditumis dengan sedikit  minyak atau air. Cara ini lebih baik dibandingkan dengan merebus yang akan menghilangkan kandungan beberapa vitamin dan mineral.

 
Okey… selepas mengenal kebaikan brokoli, tiba masanye untuk masak sayur brokoli nie pulak yea, so kat sini ada satu resepi KR sendiri yang KR nak kongsi dengan pelawat blog nie, resepi kegemaran KR dan keluarga terutama anak-anak, walaupun anak-anak selalunya tak berapa suka makan sayur, tapi sayur brokoli ini menjadi kegemaran mereka mungkin kerana keenakan rasa sayur brokoli ini sendiri yang crunchy dan ada tekstur ditambah pulak kalau dimasak bersama udang yang menjadi kegemaran diaorang. Resepi nie berkhasiat, senang dan cepat dimasak serta enak dimakan, resepinye camni:


Brokoli Udang







Bahan-bahan

1             1 batang sayur brokoli
2             12 ekor udang
3             1 ulas bawang putih - dititik
4             1 tangkai lada merah - dihiris
5             1 ulas bawang besar – dihiris
6             2 sudu makan minyak jagung
7             1 sudu makan tepung jagung
               – dibancuh dengan  ¼ cawan air
8             1 sudu teh serbuk pati ayam
9             Sedikit garam



Cara memasak

Panaskan kuali dan masukkan minyak, tumis bawang putih sampai naik bau, masukkan udang  kacau seketika masukkan sedikit air lebih kurang ¼ cawan air pastu masukkan sedikit garam dan  serbuk pati ayam kacau rata dan masukkan brokoli, bawang besar dan lada kacau rata, last skali masukkan bancuhan tepung jagung  kacau rata selama lebih kurang 2 minit…jika kuah terlalu pekat tambah sedikt air kacau rata dan… dah siap! Pastikan jangan masak terlalu lama bagi mengekalkan khasiat vitamin dan mineralnye...

Penggunaan minyak jagung adalah untuk pilihan yang lebih sihat… tapi kalau takde minyak jagung, guna minyak masak yang biasa ada kat rumah pun boleh, takde hal…

Resepi ini boleh juga di tokot tambah mengikut kesukaan masing-masing  contohnye boleh juga ditambah sayuran yang lain seperti carot, cendawan  tomato dan sebagainye mengikut kesukaan anda...so ape lagi..bolehlah dicuba resepi ini... selamat mencuba :D



No comments:

Share |