Sunday, February 13, 2011

HARAM SAMBUT HARI VALENTINE


Sambutan Hari Valentine HARAM hukumnya sebagaimana yang pernah diputuskan melalui Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kerana sambutannya mempunyai unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat yang bercanggah dan dilarang Islam.

Pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia JAKIM pula mengisytiharkan perang JIHAD bagi menghalang remaja atau belia Islam tempatan dari terjebak dalam sebarang bentuk aktiviti perayaan Hari Valentine yang jatuh pada tanggal 14 Febuari setiap tahun.
Perayaan itu dianggap ‘racun’ memusnahkan akidah umat Islam berikutan ramai gadis Islam yang pernah terlanjur dan menghuni rumah perlindungan mengaku hamil akibat seks bebas pada malam hari sambutan berkenaan. Pada hari itu, ramai pasangan kekasih akan membuktikan kesetiaan masing-masing dengan pelbagai cara yang akhirnya terjerumus kepada perbuatan dosa besar seperti zina hingga melahirkan anak tidak sah taraf.
Berdasarkan catatan sejarah 'Hari Valentine' dipercayai bermula dari kisah seorang Paderi Kristian bernama St Valentine yang hidup di Rom pada abad ketiga.
St Velentine hidup dalam kerajaan yang dipimpin oleh Kaisar Claudius yang terkenal dengan sifat kejam. Kaisar Claudius memiliki bala tentera yang besar, dia mengerahkan pemuda di bawah pemerintahannya menjadi tentera.
Namun hasrat Claudius tidak mendapat sambutan. Para pemuda enggan terlibat dalam perang kerana mereka tidak ingin meninggalkan keluarga dan kekasih-kekasih mereka. Hal ini membuat Claudius sangat marah.Claudius berfikir jika pemuda tidak berkahwin atau mempunyai pasangan, mereka mudah untuk dikerah menjadi pasukan tentera. Lalu Claudius melarang perkahwinan.
Para pasangan muda menganggap keputusan ini sangat tidak perikemanusiaan dan ini adalah idea yang tidak boleh diterima. St Valentine menolak untuk melaksanakannya. St Valentine tetap mahu berkahwin dengan kekasihnya secara rahsia. Perkahwinan itu diketahui Claudius yang segera memberinya amaran, bagaimanapun perkahwinan itu tetap diteruskan di dalam sebuah kapal kecil yang hanya diterangi cahaya lilin, tanpa bunga dan tanpa cincin pekahwinan.
Namun malangnya pasangan Velentine ditangkap dan dihumban kedalam penjara sehingga beliau mati di situ. Beliau bukan dihina, malah dikunjungi penyokongnya, orang ramai menghadiahkan bunga ketika beliau dipenjara.Pada 14 Februari, beliau sempat menulis tentang dirinya di dalam diari dan memesan kepada semua gadis dengan ungkapan "Dengan Cinta dari Valentinemu."
Kini setiap tanggal 14 Febuari orang serata dunia akan merayakannya sebagai hari kasih sayang. Orang-orang yang merayakan hari itu mengingat paderi St. Valentine sebagai pejuang cinta.
Jadi Jangan ikutkan hati untuk merayakan Hari Kekasih kerana ia berkaitan dengan agama lain. Lebih baik meraikan sambutan Maulidur Rasul kerana Nabi Muhammad S.A.W. adalah kekasih seluruh umat Islam.

No comments:

Share |