Saturday, February 19, 2011

Kisah benar - di Warung Mawi Lambai-Lambai



AL-Kisah  cerita bermula di warung Mawi, Mawi yang mana?? Eh Mawi mana lagi.. Mawi World yang Juara AF tulah..suami Ekin. Warung Mawi ni yang Mawi namakan Lambai-Lambai…Eh heloo.. ni cerita bukan pasal nak promote warung Mawi yea…ni pasal memang kisah berlaku kat sana. Warung Lambai-lambai ni orang JB mesti tahu punyelah…lokasi dia kat tengah Bandar JB dekat tepi highway Jalan Lingkaran Dalam, kat blkg hospital besar JB Hospital Sultanah Aminah, dekat ngan Bukit Mahmoodiah, Dekat dengan Hotel Thistle, kira-kiranya dekat dengan macam-macam lah yang ada kat Bandar JB ni. Kat Warung ni dia ada beberapa lot kedai  pulak,  ada kedai yang jual air, kedai jual tomyam, kedai makanan barat dan lain-lain.
Pada ptg hari kejadian KR  lepas habis kerja pukul lima dengan Hubby kitaorg pergi ambik anak yang 2 org (hero dan adik -hero 6thn dan adik 2thn) kat nursery. Oleh kerana si kakak balik dari Sek Agama Pukul 6.30 ptg so masa ada lebih kurang sejam lebih lagi sementara nak tunggu si kakak balik sekolah. Kitaorg pun cadang pergi minum2 dulu lah. Dalam perjalanan singgah beli apam balik kat tepi ESSO Jln Mahmoodiah kejap, pastu pikir2 nak minum kat mana ek? Oh apa kata singgah kat warung Mawi Lambai-lambai lah. Sebenarnya kitaorg tak pernah singgah pon sebelum ni kat situ, ni kira first timelah. Bila dah sampai kitaorg duduk kat meja paling tepi dengan jalan masuk, pastu tu order teh tarik.
Tengah tunggu air sampai KR pergi ke kereta kejap sebab nak ambik kasut adik yang tertinggal dalam kereta. Masa nak bukak pintu kereta tu tiba-tiba sampai satu kereta berhenti kat sebelah, dia turunkan cermin sisi pemandu dan terlihat olehku seorang akak “Em, tumpang tanya.. macam mana saya nak pergi ke Jalan Skudai? Jalan ni boleh sampai ke Jalan Skudai ke?” Tanya si pemandu kepadaku merujuk kepada Jln Lingkaran Dalam. Sambil  nak menjawab soklan tadi sempat KR menjeling ke no plat kereta tersebut, oh plat Johor tp maybe org luar kot kataku dlm hati. “Ya boleh, Jln ni boleh pergi ke Jln Skudai, awak jalan terus jumpa traffic light pertama jalan terus lagi, belok kiri lepas traffic light kedua, lepas tu jalan terus ke Jalan Danga Bay dan terus ke Jalan Skudai” Jawabku. Lepas cakap terima kasih kereta tadi pun berlalu.
Dah ambik kasut adik dan kunci kereta KR pun pergi duduk semula, makan apam balik dan baru nak minum air si hero cakap “mama abang rasa nak pergi toiletlah sakit  perut” La potong selera betul laa. Ku tinggalkan si adik dengan ayahnya, kubawak si hero ke toilet. “Tandas belah mana dik?" Tanyaku pada seorang lelaki yang berniaga kat situ, umur baya adik pada KR rasanya. “Jalan terus belok kiri kak” Jawab dia. KR pun bawak si hero ke tandas. Dah settle si hero tu, kitapun pergi duduk semula dan sambung minum, dah bayar kitaorg pun blah.  Sampai kat Sekolah Agama, budak2 sekolah pun dah keluar si kakak pun dah tercegat kat tepi sekolah  dengan kawan2 dia. Lepas jemput kakak balik sekolah kitaorg sekeluarga pun terus balik rumah,  dalam perjalanan balik rumah melalui Jalan Skudai. Agak sesak jugak, maklumlah waktu orang kerja dan budak sekolah balik. Bila dah sampai dekat sekitar Tmn Tampoi Indah (belum sampai rumah lagi tapi dah dekat jugak lah) jam dah tunjuk dekat pukul 7mlm, baru KR perasan “Eh mana handbag mama?”  Tanyaku kepada hero dan adik sebab diaorg duduk kat blkg dengan KR “Entah!” senang jer jawab diaorg. “Macamana pulak handbag u boleh takde?”  Tanya hubbyku. Puas ku cari dalam kereta tapi takde jugak.
Dalam mindaku ligat berputar.. cubaku ingatkan kembali bila kali terakhir handbag tersangkut dibahuku. Oh baru ku ingat “cepat2! Patah balik kita pergi Lambai-lambai semula” kataku pada suamiku yang driving kereta.  “Handbag u tetinggal kat sana ke? Tetinggal kat mana?” Tanya hubbyku bertubi-tubi. Aku dah tak mampu nak kata apa dah, apa yang kuingat masa aku nak menyucikan si hero td, ku sangkutkan handbagku pada penyangkut seluar yang ada disediakan dalam toilet tersebut, oh ya toilet yang kumasuk tadi ialah toilet lelaki kerana toilet perempuan yang kat sebelah tu ada orang dan si hero pun dah emergency sangat masa tu . Kurasakan seperti separuh nyawaku melayang  mana tak nya, semuanya ada kat dalam handbag tu, ICku, mykid anak2ku, handphone, kad2 bank dan macam2 khazanah lain yang tak ternilai bagi diriku. Di sepanjang perjalanan patah balik, suamiku membebel katanya kenapalah aku cuai sangat. Aku pulak dah pucat dah, menangis tak keluar air mata dah, aku beristighafar, selawat dan baca ayat Al-Kursi banyak2 sambil berdoa mudahan2  seorang yang budiman, jujur dan amanah yang menjumpai handbagku itu. Aku suruh anak2 ku sama-sama berdoa. Seumur hidupku inilah kali pertama handbag ku hilang.
Sampai saja kat warung Mawi Lambai-lambai, aku terus turun berjalan sambil berlari-lari anak “Tadi saya ada tertinggal handbag kat dalam tandas lelaki ada sesiapa terjumpa beg saya tak?” Tanyaku cemas pada sorang bro yang tengah masak. “Oh tadi ada org jumpa, akak pergi tanya kat depan sana” Jawab bro tu. Alhamdulillah…Aku terus menuju ke depan dan tanya soklan sama pada seorang wanita cantik yang duduk dimeja depan gerai air, wajahnya persis Ekin isteri mawi. Rupa-rupanya ada bro yang berniaga  kat situ juga,  jumpa handbagku yang tersangkut dalam tandas lelaki, diaorg ambik dan tolong simpankan dengan selamat tanpa terusik walau sedikit pun.
Alhamdulillah..Syukur ke hadrat Ilahi kerana telah menemukan semula handbagku dengan selamatnya dan MasyaAllah doaku telah  dimakbulkan Allah S.W.T. Amin Amin Yaarobbal Alamin. Sebagai tanda terima kasih kuhulurkan sedikit penghargaan kepada bro tu, tapi dia tak nak terima, katanya kalau aku nak bagi jugak, bagi pada baby yang ada dalam stroller di depan wanita cantik tadi, jadi ku beri saja kepada bayi tersebut.
Pengajarannya disini, supaya aku lebih berhati-hati dilain kali. Alhamdulillah nasib ku baik kali ini dan aku amat berterima kasih kepada mereka yang jujur dan amanah iaitu bro td, wanita cantik tersebut dan para peniaga warung Lambai-lambai.  Hanya Allah S.W.T saja yang dapat membalasnya. Sesampai saja dirumah ku tunaikan solat Maghrib beserta sujud syukur. Amin.
Sekarang ni dah jadi satu lawak pulak pada anak2ku, bila dalam kereta diaorg tanya “Eh handbag mama mana? Ada tak?” pastu diaorg gelak ramai2. Eeeee gerammmnyaaa. Itulah dia ceritanya, aku telah hilang handbag dan jumpa kembali yang berlaku kat warung Lambai-lambai Mawi.  Kalau kat tempat lain belum tentu dapat balik ke idak beg tu... So kalau jalan-jalan kat JB jangan lupa singgah kat warung Mawi Lambai-lambai okey. Sekian, Terima Kasih…:D

No comments:

Share |