Saturday, February 12, 2011

Petua

Cerita Garam
GARAM jika diambil secara berlebihan, tidak elok untuk kesihatan badan. Kalau nak cerita asal usul dan kegunaan garam nie panjang ceritanye, takpelah yang tu kita cerita lain kali jer k. Skrg nie cuma nak kongsi sikit petua menggunakan garam nie.
Petuanya  apabila hendak memasak ikan air tawar seperti keli, haruan, patin dan sebagainye, eloklah lepas disiang ikan-ikan tersebut,  rendamlah seketika dalam air garam yang dicampur dengan asam jawa bagi menghilangkan lendir dan bau hanyir ikan-ikan tersebut.  InsyaAllah dengan mengamalkan petua ini masakan anda menjadi bertambah lazat.  
Jika memasak sayuran yang berbunga seperti bunga kobis dan brokoli bolehlah selepas dipotong sayuran tersebut rendamkan seketika di dalam air yang dicampurkan dengan garam (jangan rendam lama sangat dikhuatiri hilang pulak khasiat vitamin dan mineralnya) fungsinya adalah bagi mengeluarkan apa-apa serangga yang menumpang kat dalam sayuran tersebut contohnya seperti ulat dan sebagainya.
Garam juga dikatakan boleh membuang sisa racun dalam sayuran atau pun ulam-ulaman yang dimakan secara mentah dengan cara merendam sayuran atau ulaman tersebut di dalam air bercampur garam buat seketika sebelum dimasak atau dibuat ulam. Selamat mengamalkan petua ini.   

No comments:

Share |