Monday, February 28, 2011

Asam Pedas Ikan Merah

Hai kawan2, hari nie kita masak asam pedas jom. Selain dari negeri Melaka, asam pedas juga terkenal di negeri Johor Darul Ta’zim. Orang Johor memang suka dengan masakan  asam pedas. Kira menu wajib la nie. Macam-macam resepi asam pedas yang ada dengan variasi lauknya dari ikan pari, ikan merah, ayam malahan asam pedas daging pun ada. Hari nie kita kongsi resepi asam pedas ikan merah yea..




Bahan-bahan
1 ekor ikan merah sederhana (750gm) dibersihkn dan dipotong 5
1 biji tomato di belah 6
5 biji bendi di potong serong
Belacan sebesar ibu jari
Halia ½  inci
Kunyit ½  inci
Bawang merah 4 ulas
Bawang putih 2 ulas
Cili kering 20 tangkai – digunting dan direbus/rendam air panas bagi lembut
1 sudu teh lada hitam ditumbuk
Garam  dan serbuk perasa secukupnya
Sedikit daun kesum
Sedikit air asam jawa
Air secukupnya

 Cara memasaknya
 
Halia, kunyit, bawang dan lada kering dikisar halus. 
 
Panaskan minyak secukupnya untuk menumis. Tumiskan belacan sampai garing, masukkan bahan kisar tumis lagi sampai garing.
Masukkan lada hitam,  ikan dan air asam jawa , ratakan dan tunggu sebentar supaya bahan tumis sebati dgn ikan.

Kemudian tambah air secukupnya (air tambah sikit2 supaya kuah tidak terlalu cair). Masukkan daun kesom, bendi , garam dan serbuk perasa secukup rasa, biarkan mendidih dan ikan masak (ikan masak bila matanya nampak putih, jangan masak  terlalu lama kerana ikan cepat masak). Tutup api dan masukkan tomato.

Siap untuk dihidangkan. Hidangan untuk 4-5 orang. Selamat mencuba :D

No comments:

Share |