Monday, February 14, 2011

Resepi untuk Public Holiday


Esok cuti sempena Sambutan Maulidur Rasul. Bila Cuti nie masing2 ada rancangan dan aktiviti sendiri. Ada yang akan ke masjid, memakmurkan rumah Allah, turut serta dalam sambutan Maulidur Rasul. Ada yang bawa family beriadah. Ada yang duduk kat rumah aje..tengok TV, tengok sambutan Maulud kat TV. Bila duduk2 kat rmh teringin pulak nak masak …nak masak ape? Kadang2  nak cari idea jugak…nie ada 1 resepi ikan yang KR nak kongsi… makan panas-panas ok gak…

Ikan Siakap Tiga Rasa






Bahan-bahan

1              1 ekor ikan siakap sederhana
2              2 biji lada hijau - dicincang atau ditumbuk
3              1 biji lada merah - dicincang atau ditumbuk
4              6 biji lada padi - dicincang atau ditumbuk
   (boleh tambah jika nak lebih pedas)
5              2 ulas bawang putih – dititik
6              1 inci halia – dihiris
7              1 ulas bawang besar - dihiris atau didadu
8              1 biji tomato didadu
9              Garam dan gula secukup rasa
10           Minyak secukupnya untuk menumis dan mengoreng
11           1 sudu tepung jagung dibancuh dengan ¼ cawan air


Cara memasak

Ikan dibersihkan dan dikelar, gaul dengan garam dan kunyit serta sedikit tepung jagung – tepung jagung nie fungsi dia ialah nak kasi ikan goreng lebih garing dan x melekat kat kuali. Dah masak ikan tu ketepikan. 

Untuk buat sos dia. Panaskan minyak tumis bawang putih sampai naik bau pastu masukkan 3 jenis lada yang telah dicincang atau ditumbuk td (oh ya KR biasanya tumbuk aje lada2 tu sbb x suka nak cincang nnt pijau tangan tp tumbuk xyah sampai lumat biar kasar2 sikit). Dah masukkan lada kacau jap agak2 lada dah masak (xyah sampai garing lada tu) masukkan sedikit air +- ¼ cawan, pastu masukkan halia bawang besar dan tomato + garam dan gula secukup rasa. Last skali masukkan bancuhan tepung jagung kacau rata – kalau kuah agak pekat + sikit air, dah mendidih dan dah rasa dah cukup semua bahan perasanya tu..tutup api. Kira dah siap la nie. Letak ikan dalam pinggan siramkan dengan sos. Siap untuk dihidangkan. Selamat mencuba.

No comments:

Share |