Tuesday, February 15, 2011

Salam Maulidur Rasul

Hari ini tanggal 12 Rabiul Awal 1432 Hijrah umat Islam diseluruh dunia menyambut  Maulidur Rasul atau dalam bahasa Arab bermaksud Kelahiran Rasul. Maulidur Rasul adalah hari bersejarah   keputeraan  Nabi Muhammad s.a.w.  yang jatuh   pada  hari  Isnin       12 Rabiul Awal dalam Tahun Gajah bersamaan dengan 20 April 571. Nabi Muhammad s.a.w adalah Nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wa Taala.
Pada 12 Rabiul Awal setiap tahun umat Islam akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Baginda dengan mengadakan beberapa acara seperti ceramah dan sebagainya. Terlalu banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wa Taala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad s.a.w kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, orang tersebut sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan, sesungguhnya bernazar atau berniat untuk melakukan perkara  yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.
Keberkatan mengadakan majlis Maulidur Rasul bukan sahaja diperoleh oleh orang yang mengadakan majlis itu, malahan seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatanNya.
Pembalasan Allah Subhanahu Wa Taala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati kita hendak berbuat kebaikan, Allah Subhanahu Wa Taala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. WALLAHUALAM.

No comments:

Share |