Friday, March 4, 2011

Roti Jala & Kari Ayam (Part 1)




Bahan-bahan untuk Kari Ayam
Ayam separuh ekor atau sebelah (dipotong dan dibersihkan)
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
(bawang merah, bwg putih dan halia ditumbuk lumat)
1 senduk rempah kari daging
Sedikit kayu manis dan bunga lawang
Sedikit daun kari jika suka
Garam, gula dan serbuk pati ayam secukup rasa
1 cawan susu cair (anda juga boleh gunakan santan tetapi KR lebih suka menggunakan susu cair tanpa kolesterol untuk pilihan lebih sihat)
Air secukupnya kerana susu cair agak pekat mesti ditambah dengan air, lebih kurang 2 cawan air atau mengikut kepekatan yang anda suka
1 keping asam keping
(boleh juga gantikan dgn sedikit asam jawa)
1 biji kentang dipotong dadu (jika suka)
1 biji carot dipotong dadu (jika suka)
Sedikit minyak untuk menumis







































Panaskan minyak, tumiskan bahan yang ditumbuk, kayu manis, bunga lawang dan daun kari sampai bawang garing. Masukkan rempah kari dan sedikit air, tunggu sampai naik minyak.














Masuk ayam, garam,gula dan serbuk pati ayam gaul rata, kecilkan api dan tutup periuk seketika supaya segala rempah dan perasa menyerap ke dalam ayam
(kata orang lama, bagi mesra).














Kemudian masukkan susu cair, air, kentang, carot dan asam keping. Renehkan sampai ayam masak, rasa kuahnya jika perasa semua dah secukup rasa tutup api (jika kurang sila tambah). Sekiranya menggunakan asam keping, apabila dah rasa kuahnya secukup rasa bolehlah dikeluarkan asam keping tersebut supaya tidak terlebih masam. Siap untuk dihidangkan bersama roti jala atau dimakan bersama nasi. Hidangan untuk 5-6 orang. Selamat mencuba :D (resepi roti jala @ Resepi Roti Jala n Kari Ayam Part 2)

No comments:

Share |