Tuesday, March 15, 2011

Udang Goreng Kunyit KR


Ramai org sedia maklum keenakan makanan laut yea tak? Terutama udang yang memang digemari ramai, ada pelbagai resepi masakan udang cara org melayu, ada  udang masak sambal, udang lemak cili padi, udang goreng tepung, dan bermacam2 lagi resepi yang menggunakan udang termasuk yang dicampur dalam tom yam dan pelbagai jenis masakan lain untuk menyedapkan  lagi rasa sesuatu masakan itu.

Hari nie KR nak kongsi satu resepi udang yang kira sesangat lah senang untuk nak memasaknye, bahannye pun ringkas aje, rasanye tak pedas sesuai untuk yg tak suka pedas dan juga untuk anak2. Yealah, asyik2 udang masak sambal yang memang popular tuh, skali-skala masak ringkas2 lah pulak…

Udang untuk resepi nie sebaiknya tak perlu dikopek kulitnya bagi mengekalkan rasa manis udang tersebut cukup sekadar digunting muncung dan janggutnya dan dibelah bahagian belakang  udang tersebut untuk membersihkannya atau boleh juga dicungkil sedikit dgn hujung pisau bagi menarik keluar  saluran makanannye yang terletak kat bahagian belakang udang tersebut sbb jika tak dibersihkan bahagian belakang tu sometimes bila makan kita macam terkunyah pasir gitu. Eh panjang lebar pulak mencecehnye...Ok kite terus jer ke resepi nya…

Bahan-bahan
500gm udang (+- 20 ekor udang sederhana) bersih dan toskan
1 tangkai cili merah - dihiris
1 tangkai cili hijau - dihiris
1 biji bawang  besar – dihiris
½ sudu teh serbuk kunyit
1 ulas bawang putih – ditumbuk
2 ulas bawang merah – ditumbuk
½ inci halia – ditumbuk
Garam dan gula secukup rasa
4 sudu makan air
Sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara
Panaskan minyak, tumis bahan yang ditumbuk sampai naik bau, masukkan udang, bahan hiris dan serbuk kunyit. Kaup ratakan semua, tambah air sedikit2 sbb udang juga mengeluarkan airnya. Masukkan garam dan gula secukup rasa tunggu udang masak iaitu bertukar kemerahan angkat dan siap untuk dihidangkan. Kan dah kata senang dan cepat, pasal tu lah takde gambar masa masak sebab senang sangat. Lagipon, KR  tahu uols memang teror bab masak nie, so selamat mencuba :D
(Hidangan untuk 3-4 org)

No comments:

Share |