Thursday, April 28, 2011

Abang Dikuarantin

Ibu-Ibu pasti suka bila anak2 tertawa riang kan, rasa sejuk hatikan. Tapi budak2 nie riang bila diaorg sihat. Bila sakit, sedih jer negok kan diaorg, hati parent lagi lah risaukan, yealah takut makin melarat ke, bila nak sembuh lah dan dan macam2 lagi kerisauan.


Nie gambar lame, saje nak letak sbb nak tunjuk gambar abang dalam keadaan ceria. Nak ambik gambar dia tengah tak sihat x sampai hati pulak.
Abang kena kuarantin seminggu, doctor kata abang kena chicken pox! Kesian anak mama. Abang x leh gi skolah dan nursery sbb takut berjangkit pada budak2 lain. Bila kata kuarantin maknanyer duduk rumahlah, maknanyer dengan mamanya skali kena duduk rumah.

Memula abang demam, ingatkan demam biasa jer, pastu tumbuh biji-biji gelembung berisi air kat badan dia. Pastu, saje suspek chicken pox ker? Nak kepastian, bawak jumpa doktor. Bila dah jumpa doktor, confirm memang chicken pox pon.

Dah KR rasa gelabah jugak, maklumlah dah 12 tahun jadi ibu nie first time hadapi situasi nie, apalagi bila doktor kata ahli keluarga yang dah terdedah ada risiko untuk berjangkit, sama ada dah pernah kena atau yang belum pernah kena, semua berisiko. Kata doktor lagi, risiko untuk berjangkit ialah masa benda tu masih baru, masa dia tengah berair, bila dah kering dah tak jangkit dah. Sbb tu doktor bagi mc seminggu jer, pastu dah boleh gi skolah cam biasa.

Doktor bagi ubat anvirus (mesti dihabiskan), ubat tahan gatal dan ubat demam. Doktor pesan jangan kasi minum air kelapa nanti benda tu keluar banyak2 nanti kesian kat budak pastu kalau dah tumbuh banyak2  lambat baik pulak, dalam 2 minggu. Doktor kata memang ada suntikan vaksin untuk chiken pox nie (satu suntikan dalam RM seratus lebih), tapi tu ambik masa belum kena, kalau dah kena, makan ubat antivirus, nanti dalam 5 hari gitu dia kering sendiri. Kira dia sekat virus dari dalam.

Lagi kata doktor, tunggu dan lihat dalam 2 ke 3 minggu kalau ada, ada lah yang jangkit kalau dah abis tempoh tu takde yang kena, maknanye dah kira takde lah. Pastu, kalau wanita mengandung kena elakkan dari expose pada orang yang kena chiken pox nie, sbb kalau berjangkit masa mengandung risk pada baby nanti.

Hai risau lah jugak, sbb kakak dan adik lum pernah kena, so risk tu tetap ada. Sudahnya antar adik kat atok ngan nenek dia, tumpang kat sana dlm minggu nie, kakak kena gi skolah jd takleh gi mana2 so cuma suruh diaorg duduk jauh2 jer lah. Tapi penyakit nie apa yang KR dengar tengok orang punya antibody gak, kalau antibody org tu kuat tak jangkit kat dia. 


1 comment:

liesa said...

cian nyer abg kena chicken pox

Share |