Thursday, May 12, 2011

Abang Dah Sihat


Alhamdulillah, abang dah sihat, dah boleh gi skolah cam biasa, tapi yang paling akak lega bila semuanya okey. Okey maksud KR pasal ahli keluarga yang lain takde yang jangkit chicken pox nie, syukur dan lega sangat rasanye....


Abang dah heppy cam biasa. Mase hari sabtu sementara tunggu kakak abis tuisyen, sempatlah bawak abang jalan2, cian dia.. dah lama dia duduk kat rumah kan...bila tempoh kuarantin dah abis tak kisah lah kan sebab dah boleh keluar rumah dan campur ngan orang lain.


Abang nie, asal jalan sikit jer dah lapar, tapi takpe lah kan sebab dia dah mula ada selera semula kat makanan sejak dah sihat nie, hari tu masa dia tak sihat dan tak selera nak makan,  akak jugak yang risau.  


Nasib baik ari tu abang punye chicken pox tak teruk, tapi ada lah sikit parut kenangan kat  muka dia tu...Comotlah abang nie bila makan...rileks lah abang! Makan pelan-pelan...


Eh! Ada Upin ngan Ipin laa...Masa bawak abang makan kat cs (city square) ada majlis hari terbuka Iskandar Malaysia, antara jemputan diaorg ialah budak 2 org nie, suruh abang bergambar ngan diaorg abang tak nak pulak, malulah pulakkk... Padahal kan main minat lagi kalau nengok cerita Upin ngan Ipin kat tv.

No comments:

Share |