Thursday, May 19, 2011

Kek Zebra KR




Sebenarnya ada beberapa resepi kek yang akak nak kongsi cuma belum sempat nak buat dan ambik gambar, kekadang dah buat tapi lupa nak ambik gambar lak. Almaklum sendiri yang dok buat sendiri nak ambik gambar pulak tur, paham2 jer lah kan. Tapi ari tu tetiba rasa nak makan kek zebra,  so akak pun buat lah, ambik gambar dan ini lah hasilnya, boleh lah share dengan uols. Bahan-bahan dan cara buat macam kat bawah nie okey.  

Bahan
1. Telur 3 biji
2. Mentega buttercup 1 cawan 
3. Gula kastor 1 cawan
4. Susu pekat 2 sudu makan
5. Baking powder 1 sudu teh
6. Esen vanila 1 sudu teh
7. Tepung gandum 1 1/2 cawan
8. Serbuk koko van houten 2 sudu makan



Cara buat


Pukul mentega dgn gula sampai kembang, masukkan telur satu persatu pukul sebati. Masukkan esen vanila, susu pekat pukul lagi, akhir sekali masukkan tepung gandum yang telah diayak bersama baking powder, gaul dan pukul lagi sampai rata.


Bahagi adunan kepada dua, yang satu bahagian dicampurkan dengan serbuk koko dan gaul rata dan yang satu lagi biarkan macam tu aje.


Sediakan bekas bulat berukuran 6" yang telah di gris dengan mentega. Mulakan dari tengah acuan, masukkan 1 sudu makan adunan yang berwarna asal dan di ikuti dengan 1 sudu makan adunan coklat,  berselang seli, buat sahingga adunan habis. Bakar adunan kek dengan kepanasan 170 darjah celcius selama 45 minit ke 1 jam atau sehingga kek masak. Nak tau kek dah masak ke belum, cucuk tengah kek dengan lidi sate yang bersih, bila cabut lidi dan takde tepung yang lekat makna nyer dah masak lah tu, atau bila nampak tepi adunan kek dah lekang dari bekas bulat tu.


Dah pon siap, macam nie ler rupa nyer kek zebra, sedia untuk dihidangkan untuk minum petang dan sebagainya. 


p/s : guna cawan yang sama bila menyukat, satu adunan hanya menghasilkan kek yang comel, gandakan sukatan untuk saiz kek yang lebih besar, contoh nyer, sekiranya uols nak guna bekas bulat berukuran 9"  adunan nie uols kena buat double lah.  Selamat mencuba :D

No comments:

Share |